Hari Hujan
Salam
Hujan masih turun hari ni, takde tanda nak berhenti. Minum kopi panas-panas dengan karipap sambil dok dengar TV (tak sempat nak tengok, dengar je laπ) Dalam berita katanya beberapa pusat penempatan sementara banjir dah dibuka. Bertabahlah rakan-rakan yang terpaksa berpindah. Didoakan tak lama di sana.
Bila hujan, anak-anak bulus pun ramai yang demam, batuk dan selsema. Routine harian bertambah, kena check “budak-budak” ni, sapa yang ada tanda tak sihat, kena asingkan dan bagi makan ubat (acik guna pipet 3ml yang beli di Shopee tu, senang sikit). Ada yang tak lalu makan, kena lah pujuk-pujuk, bagi isi ikan atau air rebusan ikan campur isi sikit..
Anak-anak kambing yang baru lahir pun kena pastikan sentiasa di kawasan terlindung, mak-mak kambing suka merayau, macam la kita tak bagi depa makan.. Minggu lepas beli anak pokok sukun dan nangka madu. Katanya 2 – 3 tahun dapatla merasa buahnya. Hmmm.. belum apa-apa dah dogol daun, di makan dek mak-mak kambing. Agaknya by their calculation, 2 tahun tu terlampau lama nak tunggu..π
Semalam sibuk sikit, hari Jumaat ada beberapa chores tambahan, nak pergi pasar tani nak cari benih daun kesum (daun laksa) pun tak sempat. Dulu daun ni banyak je kat tepi rumah, tapi combination of terlupa nak jaga dan sentiasa di kais ayam, kepupusan pun melanda..
Gambar “budak-budak” peneman penyeri hati ada dalam folder, belum sempat nak sort dan labelkan lagi..
Semuga hari anda ceria walaupun hujan.. Kan kita sentiasa diingatkan, hujan tu rezeki
Comments
Post a Comment